Tuesday, December 8, 2015

Jambatan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting

Jambatan yang menghubungkan di antara 2 pulau .. Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting . Yang di gelar Jambatan Tuba Selat . 

Pemandangan yang menarik apabila berada di atas jambatan ini 







Saturday, November 7, 2015

Kenduri Rakyat Bersama YB Parlimen Langkawi bersama Penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting

Program ahli parlimen Langkawi Dato IR Nawawi 
.. di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting  kenduri rakyat dan bantuan 30 basikal pelajar, 100 sumbangan warga mas, 150 cabutan bertuah dan pameran bomba serta aadk.
Semuga penduduk mendapat rahmat dan keberkatan. 


Lokasi : Masjid Al Wafa Pulau Tuba 















Gotong royong di Selat Lubuk Chempedak

6 November orang orang kampung Selat Lubuk Chempedak di Pulau Tuba telah berjaya bersama sama berpakat membersihkan kawasan sungai  - Ahli Parlimen Langkawi Dato Ir Nawawi turut sama menjayakan gotong royong ini .. baguih punya pakat ..


Sebelum bermulanya gotong royong sehingga selesai gotong royong masih berselfie ..

Pantang nak bergambar jer  - boleh berhenti habih qeja 

dah nak habih setimba ..


mabuk ketom ka ?

sapa ambik golok aku tah ? aku mai lenggang saja kot ?

nak mandi ni nak mandi ni ...

ehh depa dah mesin dah kat sini ..


haiii.. kami masih solo

pi balik !



Thursday, November 5, 2015

Hari Sukan Negara

Hari sukan negara juga melibatkan penduduk Kampung Selat Lubuk Chempedak .. Aktiviti nya adalah senamrobik goyang Inul .. 







Thursday, July 9, 2015

Jeti Selat Lubuk Chempedak

Lokasi jeti Selat Lubuk Chempedak ..
Tempat di mana pengangkutan laut untuk ke Pulau Langkawi serta para nelayan menggunakan perahu atau bot2 di sini utk ke laut - kebanyakkan penduduk Lubuk Chempedak .. 



Gambar dari Jeti Lubuk Chempedak ternampak di hujung sana Gunung Raya Langkawi 









Tuesday, July 7, 2015

Dr Ghani ziarah orang2 lama pulau

Dr Ghani datang ke Pulau Tuba dan Dayang Bunting untuk berbual mesra dengan orang2 lama di kepulauan ini utk mengetahui cara hidup orang2 kat sini yang masih sihat ...




---- Zon Biru Kepulauan Langkawi - Pulau Tuba.
Hari ini saya berpeluang mengunjung ke Pulau Tuba dengan tujuan meninjau warga-warga lama di sana sebagai langkah pertama pengkajian saya berkaitan kesejahteraan dan melangkah ke alam tua dengan mutu kesihatan yang tinggi. Saya berpeluang menziarahi empat dikalangan beberapa lagi warga lama Pulau Tuba yang taraf kesihatan mereka amat tinggi. Kesihatan mereka sama taraf dengan warga-warga lama di Pulau Langkawi semasa saya mula kembali ke tanah almarhum datok saya. Taraf kesihatan penduduk Pulau Langkawi tidak sama seperti di Pulau Tuba. Arus kemajuan telah membawa banyak penyakit kronik kepada warga Pulau Langkawi. Diantaranya kencing manis, obesiti, darah tinggi, masaalah jantung dan kanser sama seperti mereka-mereka yang tinggal di merata dunia moden. Persoalannya, mahukah kita hidup maju tanpa mutu kesihatan yang baik? Saya lebih suka melanjutkan umur dengan keadaan sihat sejahtera. Ayuh kita bersama melangkah ke alam kesejahteraan dengan mengunkaikan ketidaksejahteraan kita. .. dari Facebook Dr Ghani