Dr Ghani datang ke Pulau Tuba dan Dayang Bunting untuk berbual mesra dengan orang2 lama di kepulauan ini utk mengetahui cara hidup orang2 kat sini yang masih sihat ...
---- Zon Biru Kepulauan Langkawi - Pulau Tuba.
Hari ini saya berpeluang mengunjung ke Pulau Tuba dengan tujuan meninjau warga-warga lama di sana sebagai langkah pertama pengkajian saya berkaitan kesejahteraan dan melangkah ke alam tua dengan mutu kesihatan yang tinggi. Saya berpeluang menziarahi empat dikalangan beberapa lagi warga lama Pulau Tuba yang taraf kesihatan mereka amat tinggi. Kesihatan mereka sama taraf dengan warga-warga lama di Pulau Langkawi semasa saya mula kembali ke tanah almarhum datok saya. Taraf kesihatan penduduk Pulau Langkawi tidak sama seperti di Pulau Tuba. Arus kemajuan telah membawa banyak penyakit kronik kepada warga Pulau Langkawi. Diantaranya kencing manis, obesiti, darah tinggi, masaalah jantung dan kanser sama seperti mereka-mereka yang tinggal di merata dunia moden. Persoalannya, mahukah kita hidup maju tanpa mutu kesihatan yang baik? Saya lebih suka melanjutkan umur dengan keadaan sihat sejahtera. Ayuh kita bersama melangkah ke alam kesejahteraan dengan mengunkaikan ketidaksejahteraan kita. .. dari Facebook Dr Ghani
No comments:
Post a Comment