Thursday, July 9, 2015

Jeti Selat Lubuk Chempedak

Lokasi jeti Selat Lubuk Chempedak ..
Tempat di mana pengangkutan laut untuk ke Pulau Langkawi serta para nelayan menggunakan perahu atau bot2 di sini utk ke laut - kebanyakkan penduduk Lubuk Chempedak .. 



Gambar dari Jeti Lubuk Chempedak ternampak di hujung sana Gunung Raya Langkawi 









Tuesday, July 7, 2015

Dr Ghani ziarah orang2 lama pulau

Dr Ghani datang ke Pulau Tuba dan Dayang Bunting untuk berbual mesra dengan orang2 lama di kepulauan ini utk mengetahui cara hidup orang2 kat sini yang masih sihat ...




---- Zon Biru Kepulauan Langkawi - Pulau Tuba.
Hari ini saya berpeluang mengunjung ke Pulau Tuba dengan tujuan meninjau warga-warga lama di sana sebagai langkah pertama pengkajian saya berkaitan kesejahteraan dan melangkah ke alam tua dengan mutu kesihatan yang tinggi. Saya berpeluang menziarahi empat dikalangan beberapa lagi warga lama Pulau Tuba yang taraf kesihatan mereka amat tinggi. Kesihatan mereka sama taraf dengan warga-warga lama di Pulau Langkawi semasa saya mula kembali ke tanah almarhum datok saya. Taraf kesihatan penduduk Pulau Langkawi tidak sama seperti di Pulau Tuba. Arus kemajuan telah membawa banyak penyakit kronik kepada warga Pulau Langkawi. Diantaranya kencing manis, obesiti, darah tinggi, masaalah jantung dan kanser sama seperti mereka-mereka yang tinggal di merata dunia moden. Persoalannya, mahukah kita hidup maju tanpa mutu kesihatan yang baik? Saya lebih suka melanjutkan umur dengan keadaan sihat sejahtera. Ayuh kita bersama melangkah ke alam kesejahteraan dengan mengunkaikan ketidaksejahteraan kita. .. dari Facebook Dr Ghani  




Meriah nya di bulan puasa program bersama Lada Langkawi

Antara progran di bulan puasa yang di anjurkan oleh LADA bersama penduduk kampung . Lokasi Masjid Selat  Lubuk Chempedak .
Antara  yang hadir  Ceo panorama , Ustaz Rashidi , Yb Nor Saidi Langkawi  ( Adun Kuah Langkawi ) , Yb Dato Ir Nawawi Ahmad ( Parlimen Langkawi ) dan Tan Sri Khalid Ceo Lada.

YB Datuk Nawawi

Ustaz Rashidi

Ceo Lada Tan Sri Khalid 


ketam udang mesti ada ..




Azahar - anak muda  Lubuk Chempedak yg berusaha utk membawa Pulau ini dgn kemajuan utk penduduk kampung ..


Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting

Segala aktiviti komuniti penduduk serta cerita cerita mengenai penduduk yang mendiami Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting akan aku update dalam blog ini . Termasuk tempat tempat menarik di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting yang terletak di Pulau Langkawi . Sebagai anak jati Pulau Tuba ( di Lahirkan di Selat Lubuk Chempedak ) aku akan war war mengenai kampung ku ini . Segala apa yang terdapat di pulau ini yang aku tahu ...